Monday, 28 May 2012

Taat Itu Jihad

assalamualaikum wbt..

sedang belek-belek majalah SOLUSI ni..terselak artikel PAHROL MOHAMAD JUOI ni..tajuknya 'Inilah Istikharah Cinta!'...bila belek-belek barisan ayat-ayat yang dah dihighlightkan suatu ketika dulu (memang tabiat suka menghighlight ketika membaca pekebenda pun),macam menarik pulak untuk dikongsikan kat padang tarbiah diri sendiri ni (blog ni la maksudnya).

artikel ni menampar hebat kita yang suka mengeluh dan berputus asa tatkala rumahtangga ditimpa ujian..kita mudah mempersoalkan takdir..menyesal kononnya dengan jodoh yang Allah telah takdirkan..kalau jodoh tu pilihan mak ayah,lagi mudahlah tugas kita melepaskan beban dengan menyalahkan mak ayah pulak..kalau kita sebelum tu ada ex-boyfriend atau ex-girlfriend, mula la menyesal kenapa la kita tidak memilih dia tu dulu..dia tu tak pernah pun buat macam tu..buat macam ni..macam-macam lagilah...wahai diri sendiri, isteri dan suami di luar sana...sedarlah dari lamunan,semua suara-suara itu adalah bisikan syaitan..syaitan memang akan sentiasa berusaha dan tidak akan pernah jemu untuk meruntuhkan masjid yang telah kita bina...mereka sedang bersorak gembira jika kita membuka pintu penceraian dan mula menutup pintu kebahagiaan...

Banyak ilmu dan pengajaran yang dapat kita perolehi daripada artikel ni...memang benar kata si penulis yang kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah..dia adalah insan terpilih yang Allah telah takdirkan untuk kita..untuk kita hidup bersama-samanya. Allah itu tidak pernah silap!Allah itu sentiasa benar..masakan kita boleh kata yang kita dah tersilap memilih jodoh. soal jodoh bukan kuasa kita,itu kuasa Allah, dah Allah tak mungkin silap..maka memang tak mungkin silap jugalah yang dia adalah jodoh kita..namun,satu perkara fitrah yang perlu kita terima sekali pun pilihan kita tepat, kita tetap akan diuji. itu adalah janji rumahtangga..Adam dan Hawa yang bercinta di syurga pun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan (solusi), inikan pula yang bernikah di rumah-rumah,masjid-masjid atau di hotel-hotel..majlis perkahwinan yang turut diselang selikan dengan maksiat tanpa sedar, muzik-muzik karaoke yang melalaikan,pakaian-pakaian perasan cantik yang menggiurkan, adat istiadat yang sah-sah langsung tak mengundang keberkatan..mulia sangatkah kita sehingga tidak layak diuji?

apabila kita bersetuju atas sebuah lamaran, maksudnya kita setuju dengan terma dan syaratnya sekali. Menerima lamaran bererti sanggup,rela dan pasrah menjadi seorang isteri. dan pangkat isteri itu membawa maksud TAAT...Taat pada perintah Allah yang memerintahkan supaya kita taat dengan perintah suami selagi ia tidak bercanggah dengan arahan Allah SWT..(peringatan keras untuk diri sendiri sebenarnya ni..).

taat itu pula berakar daripada niat dan objektif kita berumahtangga. cuba tanya diri sendiri..kenapa kita kahwin dengan dia? apakah jawapan kita...sebab aku cintakan dia?sebab aku tak sanggup kehilangan dia?sebab dia memenuhi segala kriteria yang kita nak?sebab dah sampai masa?..adakah ini jawapan-jawapan kita?..

betulkan niat kita...jika dulu kita tersalah niat,pasang semula niat, niatlah berumahtangga itu kerana satu tujuan sahaja...kerana ingin mencari keredhaan Allah..ya,itu sahaja!

apabila kita berniat untuk mencari keredhaan Allah, kita akan buat apa sahaja yang boleh mengundang redha Allah..masak untuk suami untuk dapatkan keredhaan Allah, bercakap lemah lembut dengan suami untuk dapatkan keredhaan Allah..buat apa yang suami pinta juga niatnya untuk mendapatkan keredhaan Allah..malah keluar bekerja menambah rezeki untuk keluarga juga niatnya mendapat keredhaan Allah..jika,kita berjaya fokuskan niat kita untuk mendapatkan redha Allah,kita tidak akan pernah kecewa jika manusia tidak membalas perbuatan dan kebajikan kita dengan setimpalnya sebab niat kita hanya satu, untuk mendapatkan keredhaan Allah!itu sahaja balasan yang kita inginkan.

jadi,apakah lagi alasan untuk kita tidak taat?sebab suami kita jahat?sebab suami kita tidak pernah menghargai kita?sebab suami kita sentiasa memperkecilkan usaha dan penat lelah kita?apakah penghargaan suami yang juga hamba Allah yang sama-sama hina dengan kita tu yang kita idam-idamkan?walhal redha Allah yang jauh lebih hebat dan agung itu adalah bayarannya...subhanallah..

mari wahai diri sendiri,mari wahai para isteri...mari kita taat pada suami kita..bukan untuk si dia..tapi untuk Allah...dia hargai atau tidak, bukan itu isunya...isunya semata-mata untuk meraih redha Allah...

jika Allah redha, Dia yang akan bahagiakan rumahtangga kita...kebahagiaan milik Allah..pintalah dariNya...

Taat itu jihad..dan mujahadah memang sukar..kerana syurga itu hargannya mahal..

wassalam..









rindu itu rahmat

rindu..

rindu tu bukti cinta..
rindu tu tandanya jiwa kita hidup..
rindu tanda wujud kasih sayang antara kita dan dia..

bila dia tiada..baru terasa berharganya dia tatkala dia ada di sisi kita..pandang wajahnya dapat pahala...senyum untuknya dapat pahala..ambilkan air untuk dia dapat pahala..semualah dapat pahala...

bila dia takde..bila dia jauh..bila duduk dekat office sorang2..saya pun berfikir..apa kebajikan yang saya dah buat harini...apa pahala yang saya dah dapat harini...ahhh..sikitnya kebajikan yang dapat saya lakukan..kalau dia ada senang je nak dapat pahala..ha..pemurah kan Allah tu?senang je nak bagi pahala kat wanita yang bergelar isteri..

cuma..ramai antara kita tak sedar betapa mulia dan tingginya darjat kita sebagai seorang isteri..Allah dah janjikan pahala dan syurga..tapi kita selalu lupa..kita lebih mudah memilih dosa seolah-olah ready je nak masuk neraka..Na'uzubillah...

bila suami kita panggil..kita menyahut dengan penuh mesra...dapat pahala..
bila suami kita pandang kita,kita senyum dekat dia..dapat pahala lagi...
bila suami kita tengok tv..kita pergi duduk sebelah dia teman dia tengok tv..dapat pahala..

mudah kan?
rumah tangga adalah syurga dunia..
syurga yang disegerakan oleh Allah...
kenapa kita mensia-sia kannya..
kenapa kita nak cemarkan syurga yg Allah bagi ni dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya..

Allah limpahkan rahmatNya dengan hadiahkan kita dengan syurga rumahtangga..kita punya amanah untuk pelihara syurga ini dengan sebaiknya..laut mana yang tidak bergelora..pantai mana yang tidak dihempas ombak..tapi selagi berpegang dan yakin dengan Allah..yakin yang segala penyelesaian ada pada Allah..insyaAllah..segala ribut yng datang melanda dapat diatasi dengan bantuan Allah..

kenapa perlu jerit pekik kalau yakin yang Allah itu bersifat al-Latif...Allah itu lemah lembut dan punya kuasa untuk melembutkan hati hamba-hambanya...dalam kesusahan pohonlah kelembutan hati kita dan hati dia supaya kita dapat menyelesaikan masalah dengan penuh hikmah dan tenang...

bila sesekali dia tiada di sisi...nikmatilah rindu yang memenuhi hati ini..
itu tandanya Allah merahmati rumahtangga kita...

jika dia sudah jauh pergi entah kemana,tapi hati masih tak rasa apa-apa..mungkin cinta kita untuk si dia juga telah pergi entah ke mana..

wassalam..

Tidak Sehebat Khadijah

assalamualaikum wbt..

dengan segala puji bagi Allah..tuhan yang melahirkan cinta..yang punya kuasa mendamaikan jiwa..

'tidak sehebat khadijah'...ya,siapa yang mampu menandingi kehebatan khadijah..sebagai seorang isteri..wanita super yang berjaya..idola setiap wanita..tak kira lah wanita itu tinggi atau cetek imannya..banyak atau sedikit ilmunya..pasti mengagumi serikandi Islam ini...

matlamat blog ini dicipta..bukan untuk berkongsi kehidupan peribadi..apa lagi menjaja cerita rumahtangga kami..tapi sekadar watu medan perkongsian ilmu, pendapat, dan pandangan..mungkin lebih tepat lagi sebagai medan monolog untuk mentarbiah diri sendiri...

tak kisahlah ada atau tidak pembaca blog ini di luar sana..yang penting,saya ingin dan PERLU berbicara dengan diri sendiri..nanti kalau cakap sorang-sorang orang kata tak betul pulak..jadi bila menulis ni mungkin tak la nampak macam sewel sangatkan..hehe..

sebagai manusia biasa..punya banyakkk kelemahan,pasti akan sesekali sesekala atau mungkin kerap melakukan dosa dan silap..di sini lah tempatnya..untuk saya berbicara..menegur dan merenung ke dalam diri sendiri...perbaiki kelemahan..sekali gus berkongsi dengan sesiapa yang ingin berkongsi..mudah-mudahan ilmu yang seciput ni dapat dimanfaatkan..

ISTERI SOLEHAH...wahhhh..gahnya title..besar maknanya..tinggi darjatnya..dijamin syurga..allahuakbar...

saya menulis dengan satu niat..semoga dengan penerokaan padang pentarbiahan diri sendiri ini mampu mendidik jiwa ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah..taat kepada si suami..mithali kepada anak-anak..dan solehah untuk ibu dan bapa saya...amin ya Allah..

wassalam..